18 March 2012

5 Tempat paling sejuk di dunia

Bagi orang Asia yang hidup di iklim tropika macam kita ini membuatkan senang sangat kita mengeluh kepanasan dan sebagainya. Malah ada yang sampai berharap untuk tinggal di tempat yang lebih sejuk. Tetapi kita tidak tahu betapa beruntungnya kita kerana telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada kita untuk tinggal di iklim yang sederhana ini. 

Kalau kita tahu betapa susahnya hidup di negera-negara yang sangat sejuk ini. Tentu kita akan batalkan saja niat untuk hidup di negara yang lebih sejuk. Apa pun bersyukurlah dengan apa yang Allah swt kurniakan kepada kita. Mari kita perhatikan di lima tempat yang sangat sejuk ini, kita pasti berfikir dua kali untuk tinggal di iklim sejuk semacam ini. :P


1. Vostok Station, Antartika
Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah negatif 89 darjah Celcius. Vostok yang dalam bahasa Rusia bererti "timur", hanya digunakan sebagai pusat penyelidikan milik Rusia. Mungkin kerana terlalu sejuk, tidak ada seorang pun yang mahu membina rumah di sini.

2. Oymyakon, Rusia
Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu negatif 71 darjah Celcius ketika musim sejuk. Sedihnya, musim sejuk di sini terkira sangat lama, iaitu lebih kurang selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon bererti "air yang tidak beku".

3.Verkhoyansk, Rusia
Lapan hari memandu dengan kereta dari Yakutsk, baru kita akan sampai ke Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Ada 1300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar bekerja sebagai pemburu atau menggunakan kereta salji untuk memandu. Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tapi terlalu sejuk untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan "Stalin 's Death Ring" ini hanya boleh dikunjungi pada musim sejuk, ketika tasiknya membeku. Suhu terendah di bandar ini adalah negatif 69 darjah Celcius.

4.North Ice Station, Greenland
Greenland memang terkenal sebagai wilayah paling sejuk di belahan bumi bahagian Barat. Tapi, suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu negatif 66 darjah Celcius.

5.Yakutsk, Rusia 
Suhu terendah di ibu negara wilayah Yakutia ini mencapai negatif 50 darjah Celcius, dan biasanya berlaku pada bulan Januari. Walaupun sejuk sangat, bandar ini ternyata dihuni oleh cukup banyak orang . Sekurang-kurangnya ada 200,000 orang yang tinggal di bandar ini. Tersangat sejuknya orang-orang sering membiarkan keretanya menyala ketika mereka berhenti di suatu tempat. Kerana mereka takut petrol dalam kereta mereka boleh jadi beku . Selain itu, di bandar ini juga ada peringatan untuk tidak memakai kacamata hitam. Kerana kacamata yang menempel di kulit kita itu akan merobek kulit kita kerana terlalu sejuk.

0 comments:

Post a Comment