2 March 2012

Salji turun di tanah arab Tanda besar kedatangan Imam Mahadi

Berita TURUNNYA SALJI telahpun disiarkan di muka-muka akhbar perdana Malaysia pada bulan lepas (16.1.2012). Sekiranya anda semua membaca akhbar tersebut,tertera tajuk “Salji landa Kabul dianggap petanda tuah”.

Akhbar tersebut hanya menceritakan bahawa salji kini sedang melanda Kabul,Afghanistan yang mempunyai ramai jiwa-jiwa fisabilillah. Sayang 1000 kali sayang, akhbar itu tidak menceritakan apakah kaitan makna di sebalik TURUNNYA SALJI dan makna TIMUR.

Izinkan saya membicarakan dengan lebih terperinci sedikit di sini. Ilmu akhir zaman pada tahun 2012 ini. Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya.

Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T. Mengapa kami mengatakan sedemikian? Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah disabdakan pada 1400 tahun yang lalu. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Turunnya Salji Di Tanah Arab Tahun 2012,Petanda Kemunculan Imam Mahadi Semakin Hampir. Semoga ia menjadi tali pengukuh pemahaman dan pemikiran anda semua memahami situasi akhir zaman ini.

Salji itu turun di Kabul, Afghanistan pada awal tahun 2012 ini. Mengapa salji turun di sana?  Kerana di sanalah kawasan TIMUR yang dimaksudkan,di sanalah Tanah Arab yang dimaksudkan,di sanalah tanah dan kawasan kehidupan para nabi dan rasul utusan Allah SWT.

Kuasa Allah SWT menurunkan salji di TIMUR negara Tanah Arab itu telah jelas menggambarkan kepada kita semua umat Islam bahawa saat kehadiran Imam Mahadi semakin hampir untuk memimpin umat Islam.

Fenomena turunnya salji semakin luarbiasa ini turut dibicarakan menerusi perkhidmatan sms oleh Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah semenjak kita melangkah masuk ke tahun 2012 ini. Berita terbaru ialah Salji turun di Masjid Al-Aqsa :


TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam.



BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP

0 comments:

Post a Comment