8 March 2013

Tidak Mahu Dirogol, Tetapi Berpakaian Seperti Sengaja Mahu Dirogol ?

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: Ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. "

Amat jelas sekali, Islam menjaga maruah wanita-wanita Islam supaya tidak mudah dijadikan objek pemuas nafsu dan sasaran pandangan jahat lelaki di dunia, dengan cara Islam menetapkan adab berpakaian memelihara Aurat bagi mereka.

Namun, ramai wanita yang tidak ikut

Maka, rosaklah wanita yang memilih keseksian berbanding kesopanan. Rugilah wanita yang berlumba bercantik-cantikan berbanding memilih untuk kesederhanaan.

Apabila wanita-wanita Islam berpakaian memelihara Aurat dengan kesungguhan serta disusuli dengan sifat malu dan beradab, maka dengan izin Allah akan tertunduklah mata-mata lelaki yang cuba memandang, akan terhalanglah nafsu serakah lelaki yang cuba menggoda dan lantaran itu akan terhindarlah diri mereka dari gangguan-gangguan yang cuba merosakkan kehormatan mereka. Insyaallah.

Namun, melihat senario trend berpakaian wanita Melayu Islam pada zaman kini, terasa susah untuk berasa kasihan pada mereka. Baju dan seluar sendat mempamerkan bentuk badan, fabrik jarang hingga boleh menampakkan anak baju, berseluar londeh menampakkan seluar dalam, bertudung tetapi sendat sana sini dan sebagainya. Sampai terfikir di kepala bahawa andai jika wanita sebegini diganggu seksual, dicabul atau dirogol, kita susah hendak berasa kasihan terhadap mereka. Mereka sendiri yang memilih untuk berpakaian yang bermasud "minta dicabul", dalam erti kata lain berpakaian yang sengaja menarik perhatian lelaki serta memanaskan nafsu mereka.

Bagaimana lagi mahu menyedarkan mereka semua ?

0 comments:

Post a Comment